RBA Kekalkan Kadar Faedah Pada Mesyuarat April Seperti Dijangkakan

529

Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% tidak berubah pada mesyuarat dasar polisi untuk bulan April seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran.

Bank pusat menyatakan bahawa paras kadar yang rendah akan berterusan menyokong ekonomi Australia. Perkembangan pada penurunan kadar pengangguran dan inflasi yang kembali ke sasaran adalah seperti yang dijangkakan walaupun perkembangan sedikit perlahan.

Ahli lembaga menyifatkan adalah bersesuaian untuk mengekalkan dasar monetari pada mesyuarat kali ini dan akan terus memantau perkembangan dan mengawal dasar yang menyokong kestabilan pertumbuhan ekonomi dan mencapai sasaran inflasi pada masa hadapan.

Menyentuh berkenaan pasaran perumahan dan paras inflasi, RBA menyatakan pelarasan pada pasaran perumahan yang berkembang masih diteruskan selepas berlakunya kenaikan harga tinggi yang lebih awal di beberapa bandar terlibat. Kadar pinjaman untuk para peminjam turut diperketatkan dengan tempoh lebih panjang untuk beberapa tahun ini.

Kadar inflasi pula kekal rendah dan stabil. Kadar inflasi dijangka akan meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang walaupun dilihat mengambil masa lebih lama berbanding yang dijangkakan sebelum ini.

Dalam pasaran kewangan, dolar Australia mula dilihat didagangkan melemah selepas mengukuh semalam disokong oleh faktor positif pada sentimen China.

Aussie pada mulanya sedikit melonjak sebelum kembali menunjukkan pergerakan menurun harga berbanding pasangan matawang utama yang lain.

Terus pantau dagangan semasa Aussie dalam pasaran dan kawal risiko dagangan anda dengan sebaiknya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat