RBA Tepati Ramalan Naikkan Kadar Kepada 1.35%, Tapi Lain Pula Reaksi Dolar Aussie!

206

Mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) edisi Julai berakhir dengan keputusan bank pusat meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 1.35%, seperti dijangkakan pasaran secara meluas.

Ini merupakan kenaikan untuk bulan ketiga berturut-turut yang dilaksanakan oleh RBA untuk memerangi inflasi mendorong kadar faedah ke paras tidak pernah dilihat sejak Mei 2019.

Susulan keputusan tersebut, para penggubal dasar terus mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa sokongan monetari yang besar tidak lagi diperlukan kerana kekuatan ekonomi dan tekanan inflasi semasa.

Gabenor Philip Lowe pula menyatakan keyakinannya bahawa ekonomi boleh bertahan dengan pasaran pekerjaan yang kukuh, di mana pengangguran kekal pada paras terendah hampir 50 tahun.

Ujarnya lagi, penggubal dasar dijangka akan mengambil langkah selanjutnya dalam proses menormalkan dasar monetari di Australia dalam beberapa bulan akan datang.

Bank pusat juga komited untuk melakukan apa yang perlu untuk memastikan inflasi di Australia kembali kepada sasaran dari semasa ke semasa.

Susulan keputusan terbaharu RBA, dolar Aussie bagaimanapun gagal memberi reaksi dengan didagangkan berlegar pada sekitar harga 0.6860 berbanding USD.

Reaksi ini mungkin disebabkan oleh pelabur telah ‘price in’ terlebih dahulu terhadap dagangan dolar Aussie sebelum keputusan mesyuarat polisi RBA.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat