RBNZ Kekal Agresif, Mahu Tingkatkan Kadar Faedah Lebih Cepat

166

Gabenor Bank Pusat New Zealand (RBNZ), Adrian Orr berkata bank itu ingin menaikkan kadar faedah pada kadar yang lebih cepat dan tidak menafikan bahawa risiko kemelesetan global telah meningkat.

Adrian Orr bercakap di hadapan Jawatankuasa Pilihan Kewangan dan Perbelanjaan pada awal sesi Asia, sehari selepas bank pusat memutuskan untuk meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas kepada 2.00% dalam mesyuarat polisi edisi Mei.

Susulan keputusan tersebut, beliau mengatakan bahawa dasar monetari mesti bertindak sebagai sekatan kepada lonjakan inflasi pada masa ini dengan kadar faedah perlu berada di atas paras normal untuk tempoh yang lama.

Tambahnya, perbelanjaan kerajaan telah menambah permintaan agregat dan meningkatkan tekanan inflasi dalam jangka pendek. Bagaimanapun, ekonomi New Zealand kekal berdaya tahan menghadapi inflasi.

Dalam pada itu, Orr memberitahu bahawa beliau tidak menjangkakan kemelesetan dalam negara akan berlaku tetapi mengakui bahawa inflasi yang tinggi dan kelemahan permintaan akan membawa kepada risiko tersebut.

Bank pusat New Zealand dijangka akan meningkatkan kadar sebanyak dua kali lagi pada tahun ini dengan kenaikan 50 mata asas dan meletakkannya lebih ke hadapan berbanding bank pusat utama yang lain.

Dolar kiwi kekal didagangkan stabil di paras ketinggian 3 minggu walaupun sedikit susut pada sesi Asia berikutan sentimen pasaran yang tidak menentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat