Reaksi Data Inflasi AS Buatkan EUR/USD Terpacak Ke Paras Tertinggi 8 Minggu!

335

Pasaran bergelora pada dagangan sesi New York semalam susulan tumpuan terhadap terbitan laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) menyaksikan US dolar mengalami penyusutan yang ketara.

Seperti yang telah dijangkakan pasaran, data inflasi AS terus catat peningkatan. Kadar inflasi tahunan AS meningkat ke paras tertinggi untuk tempoh 40 tahun!

Justeru, pasaran melihat Federal Reserve (Fed) semakin jelas untuk meneruskan langkah pengetatan polisi mereka seperti yang dibincangkan pada mesyuarat sebelum ini.

Walaupun dijangka untuk US dolar bakal mengukuh, sebaliknya yang berlaku apabila pelabur berkemungkinan melepaskan pegangan terhadap US dolar untuk kembali mendapatkan posisi belian pada harga diskaun untuk pulangan yang lebih tinggi.

Seperti yang dilaporkan pada analisis carta pasangan mata wang EUR/USD sebelum ini, kenaikan harga akhirnya menepati ramalan untuk menembusi zon rintangan 1.14000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu!

Kenaikan harga telah mencapai paras sasaran terbaru iaitu pada 1.14500 sehingga ke penghujung sesi New York dengan kenaikan harian sekitar 90 pips dicatatkan.

Jika pergerakan harga kekal dalam trend bearish, harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan jangkaan sasaran seterusnya adalah sekitar 1.15000-1.15300.

Sebaliknya jika penurunan harga kembali berlaku, paras 1.14000 bakal bertindak sebagai sokongan harga membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.

Penurunan lebih rendah akan kembali mensasarkan paras-paras tumpuan sebelum ini seperti zon 1.12500 atau 1.12000 pada perubahan trend bearish yang berlaku.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat