Reaksi Harga Di Paras 1.3000 Penentu Arah Pergerakan GBP/USD

537

Pergerakan menurun harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada sesi Asia hari ini menunjukkan penurunan untuk hari 3 berturut-turut sejak penghujung minggu lalu.

Pelabur masih berwaspada terhadap risiko dagangan Pound Sterling dengan ketidaktentuan rundingan Brexit di samping laporan kes jangkitan Coronavirus terbaru di UK mencecah angka 23,000.

Sementara itu, dapat dilihat US dolar mendapat permintaan pada permulaan dagangan minggu ini ekoran pelabur memilih untuk beralih ke arah aset safe-haven.

Pergerakan perlahan di sesi Asia melihatkan harga membuat penurunan ke paras terendah dagangan Jumaat lalu sekitar 1.30200.

Pelabur menantikan reaksi harga pada paras tumpuan 1.30000 untuk isyarat arah pergerakan lebih jelas harga pada carta GBP/USD.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam berkemungkinan menjadi isyarat penurunan lebih rendah.

Penurunan di bawah paras 1.30000 akan menjadikan sasaran harga seterusnya adalah pada zon RBS (resistance become support) pada 1.29000.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak pada minggu ini, zon resistance 1.32000 akan kembali menjadi tumpuan semula untuk harga sekali lagi cuba untuk ke paras lebih tinggi.

Destinasi kenaikan seterusnya adalah pada zon resistance 1.33000 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat