Reaksi Pelabur Terhadap Isu Trump Jejaskan Wall Street

358

Pasaran Wall Street ditutup rendah semalam ekoran pelabur yang menarik semula pelaburan mereka di pasaran saham kerana bimbang mengenai berita Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang bakal disiasat oleh Dewan Negara yang mendapat aduan dari pemberi maklumat.

Indeks Dow Jones mendahului senarai dengan penurunan 79.59 mata untuk berada pada paras 26,891.12 mata, S&P 500 turun 7.25 mata kepada 2,977.62 mata manakala Nasdaq ditutup pada kedudukan 8,030.66 mata, jatuh 46.72 mata.

Aduan dari pemberi maklumat yang dikeluarkan oleh House Intelligence Committee tertumpu kepada percubaan Trump yang dikatakan memberi tekanan kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk membantu dalam usaha mengurangkan peluang Joe Biden untuk menjadi Presiden AS.

Walaubagaimanapun, Trump menerusi laman Twitter beliau menafikan tuduhan tersebut sambil menyifatkan ini adalah tuduhan palsu. Menurut beberapa sumber, pemberi maklumat itu adalah pegawai dari CIA yang mempunyai tugasan terperinci di dalam White House suatu ketika dahulu dan kini telah kembali semula ke agensi itu.

Peguam peribadi Trump, Rudolph Giuliani dikatakan dalang di sebalik kejadian ini. Giuliani telah menyebarkan teori bahawa Biden memaksa Ukraine untuk memecat ketua pendakwa negara untuk mengelak dari disiasat mengenai syarikat gas Ukraine yang mempunyai hubungan dengan anaknya, Hunter Biden.

Speaker Dewan Negara, Nancy Pelosi pada hari Selasa mengatakan prosiding terhadap Trump akan dimulakan segera. Beliau juga mendapat maklumat bahawa pegawai di dalam White House sedang berusaha untuk mendapatkan semua rekod panggilan di antara Trump dan Zelensky.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat