Reaksi Selepas Data Pekerjaan ADP, EUR/USD Junam 100 Pips!

130

Setelah bergerak mendatar susulan minit mesyuarat FOMC diterbitkan, US dolar kembali ‘mengamuk’ semula pada sesi New York semalam. Apa yang terjadi?

Pengukuhan raja mata wang itu disebabkan terbitan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat yang mengukur sektor swasta untuk bulan Disember lalu.

Bacaan data melonjak lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya iaitu 235,000 berbanding 182,000, dan jauh mengatasi ramalan angka yang menurun pada 152,000.

Situasi ini memberi isyarat yang positif menjelang laporan NFP pada hari ini (Jumaat), namun unjuran terhadap bacaan data terbaru adalah suram.

Walaupun US dolar kembali mengukuh semula, pelabur akan tetap berhati-hati menantikan laporan NFP diterbitkan di samping bersedia untuk pergerakan tak menentu harga yang bakal berlaku.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan penurunan harian sekitar 100 pips pada Khamis semalam dari ketinggian 1.06300 mencecah semula sekitar 1.05200 seperti Selalu lalu.

Susut di bawah zon 1.06000 dan melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi isyarat bearish buat harga.

Jika pengukuhan US dolar berjaya dikekalkan, harga bakal meneruskan lagi penurunan menguji pula zon sokongan pada 1.05000.

Harga yang berjaya menembusi zon tersebut seterusnya dijangka untuk menuju pula ke sekitar 1.04000 dan akan catatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Namun, jika berlaku lonjakan semula harga selepas laporan NFP diterbitkan, zon 1.06000 dijangka akan memaparkan reaksi menarik harga sebelum isyarat perubahan trend dinilai.

Meneruskan pendakian lebih tinggi akan menjangkakan harga untuk menuju semula ke zon rintangan sebelum ini pada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat