Reaksi Selepas FOMC, GBP/USD Lonjak 160 Pips Ke Paras Tertinggi Terbaru 4 Minggu!

218

Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan membuat kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas buat kali kedua pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis ini, namun US dolar dilihat menyusut selepas keputusan mesyuarat tersebut.

Pengerusi Fed, Jerome Powell, memberikan petunjuk bahawa kenaikan kadar faedah yang agresif bakal diteruskan lagi pada mesyuarat yang akan datang tetapi Powell juga melihat pilihan bahawa Fed perlu untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah untuk baki mesyuarat sehingga ke penghujung 2022.

Menurut Powell dalam ulasan susulan selepas mesyuarat, Amerika Syarikat (AS) tidak berada dalam kemelesetan ekonomi dengan firma AS meneruskan pengambilan pekerja yang melebihi 350,000 pertambahan pekerja bagi setiap bulan.

Pada minggu ini kekurangan data ekonomi United Kingdom (UK) menyebabkan pergerakan suram bagi mata wang Pound. Selain itu, pelabur juga masih lagi berwaspada untuk mesyuarat polisi Bank Of England (BOE) pada dagangan awal Ogos minggu hadapan.

Memperhatikan pergerakan pasangan mata wang GBP/USD, harga telah memaparkan lonjak sekitar 160 pips pada New York selepas pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Fed yang menyaksikan US dolar melemah dalam pasaran.

Harga telah berjaya menembusi paras halangan 1.21000 sebelum melanjutkan peningkatan sehingga ke paras ketinggian terbaru 4 minggu hampir menyentuh paras 1.22000.

Memberikan isyarat pergerakan bullish, kenaikan harga disokong oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebelum harga melantun dari paras tersebut.

Dengan corak lonjakan yang dipaparkan, tidak mustahil untuk harga menyambung kenaikan lebih tinggi menuju penghujung minggu, namun bergantung pada pergerakan US dolar di mana tumpuan pelabur terarah pula pada penerbitan data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku kedua.

Jika harga meneruskan kenaikan dan menembusi zon rintangan pada 1.22000, sasaran seterusnya harga berkemungkinan akan mencapai ketinggian 1.23000 pada pergerakan trend bullish yang diteruskan.

Bagi sasaran peningkatan harga yang lebih tinggi, zon tumpuan pada 1.24000 bakal dituju untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Sebaliknya jika harga gagal untuk menembusi rintangan 1.22000 dan menyusut semula, paras 1.21000 dilihat bakal menjadi tumpuan awal untuk diuji sebelum pelabur menilai reaksi harga bagi petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Jika penurunan lebih rendah harga terus berlaku, paras sokongan pada 1.20000 akan diuji terlebih dahulu sebelum harga susut lebih menuju pula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti sekitar 1.19400 atau 1.18800.

Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD dibawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat