Referendum Itali dan Brexit Langsung Tiada Persamaan! – Villeroy

51

Menurut penggubal dasar Bank Pusat Eropah iaitu Francois Villeroy de Galhau, keengganan rakyat Itali untuk mengundi penggubahsuaian perlembagaan di negara tersebut tidak boleh dibandingkan dengan undian Brexit.

Berkata demikian di dalam satu seminar di Jepun, Villeroy, yang juga Gabenor Bank of France berkata kebanyakan penggubal dasar masih mengkaji dengan teliti kesan dan akibat daripada referendum tersebut.

Villeroy juga memberi amaran bahawa Britain tidak akan sesekali dibenarkan untuk mendapatkan akses pasaran selepas memilih untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Perdana Menteri Itali iaitu Matteo Renzi juga telah berjanji untuk meletakkan jawatan jika beliau kalah dalam referendum tersebut sekali gus meletakkan ekonomi ketiga terbesar Zon Euro itu berada dalam ketidaktentuan politik.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak boleh dibandingkan dengan Brexit kerana rakyat Itali telah keluar bagi mengundi perubahan perlembagaan dalaman, sedangkan Britain mengundi untuk keluar dari keahliah Zon Eropah.

Euro menjunam ke paras terendam dalam tempoh 2 tahun pengumuman perletakan jawatan Renzi.

Dalam masa yang sama, Villeroy sempat menyuarakan keyakinan beliau terhadap daya tahan Zon Euro berikutan kemajuan dalam peraturan-peraturan perbankan, peningkatan pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh yang ketat.

Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan bertemu pada 8 Disember, bagi melanjutkan program pembelian bon yang dijangka bakal berterusan sehingga Mac. Bank ini juga akan membincangkan tempoh akhir program tersebut.

Pada Isnin, Villeroy juga mengeluarkan amaran bahawa Britain tidak boleh menghalang immigran dari memasuki Britain sedangkan Britain masih mendapat akses penuh terhadap pasaran tunggal Eropah.

Tambah beliau lagi, jika Britain memilih ‘Hard Brexit’, maka akan berakhirlah juga akses masuk ke kawasan tersebut.

Sebelum ini Britian bebas untuk menjalankan perniagaan dengan pelanggan dari Zon Euro walaupun Britain tidak pernah menggunakan matawang zon tersebut.

Bank London juga mengendalikan berjuta-juta Euro dalam perniagaannya, dan sudah tentu ‘Hard Brexit’ akan membawa kesan serius terhadap pasaran kewangan di sana.

Analisa Teknikal Mingguan (5 Disember – 9 Disember 2016)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat