Reformasi Cukai Trump Memburukkan Sentimen Terhadap US Dolar

67

Reformasi cukai sekali lagi terhalang pada Khamis apabila dua Senator Republikan mahukan perubahan kepada rang undang-undang Republikan itu.

Marco Rubio bekas calon presiden telah beberapa kali mengulangi pendiriannya yang mahu rang undang-undang itu lebih banyak membantu isirumah miskin dan sepakat bersama Senator Mike Lee yang mahu Kredit Cukai Kanak-kanak dikembangkan.

Menambah lagi kekusutan, Senator John McCain dan Thad Cochran pula telah beberapa hari tidak hadir ke persidangan di Kongres disebabkan masalah kesihatan.

Rang undang-undang cukai ini hanya diluluskan dengan undian 52-48 dan keputusan Bob Corker untuk tidak menyokong cukai tersebut menambah lagi halangan kepada cukai dengan andaian semua ahli Demokrat tidak menyokong reformasi cukai Republikan itu.

Ketika ini, Senat dan House of Representative sedang cuba untuk memuktamadkan perubahan cukai di mana mereka bersedia untuk undian perundangan minggu depan.

Pada Rabu, Senat dan House sepakat untuk mengurangkan cukai korporat kepada 21% dan bukannnya 20% seperti perancangan asal. Mereka juga memotong kadar tertinggi cukai pendapatan kepada 37% daripada 39.6%.

Republikan tidak kira House atau Senat sedang berusaha untuk membawa rang undang-undang ke pejabat Trump untuk ditandatangani sebelum Krismas. Namun, ia dilihat seperti akan tertangguh sehingga minggu depan. Lebih lama ia tertangguh, ia akan terus memburukkan sentimen US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat