Reka Bentuk Klaytn (KLAY) Punyai Nilai Teknologi Yang Cekap!

127

Klaytn berperanan sebagai platform blockchain awam yang menyediakan pengalaman pengguna dan persekitaran pembangunan yang boleh diakses bagi menyampaikan nilai teknologi blockchain melalui reka bentuk ‘hibrid’ yang cekap.

Dilancarkan pada Jun 2019 oleh Jaesun Han yang juga seorang CEO GroundX.

Klaytn bertujuan untuk membawa teknologi blockchain kepada semua jenis pengguna, dari permulaan mikro ke bahagian perusahaan. Misi syarikat adalah untuk membuat desentralisasi melalui blockchain yang terdapat pada skala global.

Di samping itu, projek ini telah mendapat minat daripada banyak jenama yang sangat bereputasi di seluruh dunia dan telah menarik perhatian pelabur institusi seperti Humanspace, Wemade Tree dan Piction Network.

Meneliti kepada carta KLAY/USDT, selepas tersenarai dari platform binance pada 24 Jun 2021, pergerakan harga dapat dilihat telah menghasilkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai paras harga $1.36.

Pada pembukaan pasaran bulan Julai, pergerakan harga dilihat sedang bergerak secara positif dan sedang menguji zon resistance sekitar $1.02 yang telah menarik perhatian para pelabur.

Para penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga kekal menyaksikan momentum kenaikan, zon resistance sekitar $1.07 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga tidak berjaya mengekalkan momentum kenaikan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.98 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Sewaktu penulisan, KLAY/USDT didagangkan pada harga sekitar $1.02 dengan nilai pasaran lebih $2.5 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-41 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto KLAY/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat