Rekod Bekalan Stablecoin Meningkat 388% Sepanjang 2021

290

Pasaran stablecoin menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dengan rekod bekalannya meningkat sehingga 388% sepanjang 2021.

Berdasarkan pemerhatian bermula pada awal 2021, bekalan aset stablecoins telah meningkat daripada rekod $29 bilion kepada lebih $140 bilion.

Prestasi pasaran stablecoin ini turut melibatkan Tether (USDT) dan USD Coin (USDC) yang masing-masing dihasilkan oleh Circle dan Coinbase.

Faktor kepada pertumbuhan ini dapat diperincikan seperti berikut:

  1. Penggunaan yang tinggi di platform perdagangan kripto, lagi-lagi apabila melibatkan aktiviti jual beli mata wang kripto yang berbeza.
  2. Pelabur runcit manfaatkan stablecoins di dalam protokol kewangan desentralisasi (DeFi) untuk lambakkan lagi hasil (yields).
  3. Perkembangan pasaran derivatif. Kebanyakan ruang derivatif tempatkan kontrak niaga hadapan di dalam stablecoins.

Bagaimanapun, pasaran stablecoins bagaikan telur di hujung tanduk kerana pemantau sedang mencari jalan untuk melaksanakan undang-undang terhadap kelompok aseet ini.

Misalnya, Working Group on Financial Markets oleh Presiden Joe Biden telah menggesa untuk laksanakan undang-undang baharu yang menuntut pengeluar stablecoins untuk diselia sama seperti bank-bank.

Bagaimana nasib stablecoin pada tahun hadapan?

Tahun 2020 dijangka akan menjadi tahun pengeluar stablecoins menambahbaik sistem pembayaran kerana permintaan aset yang semakin meningkat dari seluruh dunia.

Ketika penulisan, USDT masih mendominasi pasaran stablecoins dengan nilai pasaran mencecah $76.5 bilion, diikuti dengan USDC ($42 bilion), Binance USD ($14 bilion), DAI ($9.2 bilion), dan TerraUSD ($9.1 bilion).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat