Rekod Di Bawah Pengurusan (AUM) XRP Meningkat Hampir 2x Ganda!

5,291

Sejak minggu lalu pelabur institusi ‘mengejar’ XRP, menyaksikan rekod aset  (AUM), atau produk pelaburan XRP meningkat hampir dua kali ganda.

Berdasarkan laporan mingguan daripada CoinShare, sebanyak $33 juta dana dimasukkan ke dalam produk XRP, menjadikan sektor AUM itu meningkat kepada $83 juta pada minggu ini.

Tidak dinafikan minggu tersebut merupakan bullish bagi produk kripto institusi sejak awal Mac dengan rekod aliran masuk dana institusi mencecah $233.

Altcoins lain juga menyaksikan aliran masuk dana dengan $65 juta terkumpul dalam produk Ethereum, Binance Coin menerima $3 juta, Bitcoin Cash dengan $4 juta, Polkadot ($5 juta) dan Tezos ($7 juta).

Produk Bitcoin mewakili hampir 78% AUM institusi dengan nilai $50 bilion manakala Ether pula dengan $10.7 bilion atau 16.8% produk kripto institusi. Sementara itu, aset kripto yang lain menyaksikan kurang 1% dana terkunci dengan masing-masing mencatat rekod: Binance Coin ($571 juta), Polkadot ($45 juta) dan Bitcoin Cash ($16 juta).

Jumlah dagangan institusi juga menyaksikan lonjakan minggu ke minggu sebanyak 59% kepada paras $4.8 bilion. Rekod harga tertinggi sepanjang masa telah membawa AUM bagi produk pelaburan kripto melepasi $64 bilion.

Grayscale mewakili 77% AUM kripto institusi dengan hampir $50 bilion, diikuti CoinShare dengan $5.7 bilion atau hampir 9% daripada keseluruhan sektor dan 3iQ pula mencatatkan nilai $1.9 bilion atau 3%.

Pelabur Amerika Utara mengharapkan lonjakan terhadap produk institusi kripto ketika penyelia Kanada meluluskan tiga Ether Exchange-Traded Funds atau ETF pada minggu lepas susulan daripada kejayaan pelancaran beberapa Bitcoin ETF di Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat