Rekod Jualan NFT Pudgy Penguins Meroket Lebih 578% Dalam 24 Jam! Ada Apa-Apa Ke?

409

Non-fungible token (NFT) terkenal, Pudgy Penguins mencatatkan jumlah jualan yang luar biasa dengan peningkatan sebanyak 578.10% dalam tempoh 24 jam.

Lonjakan tidak dijangka ini rupanya disebabkan oleh peta Antartik yang dikongsi oleh Pudgy Penguins melalui media sosial Twitter semalam.

Timbul spekulasi yang mengaitkan peta tersebut dengan pelancaran metaverse.

Tetapi sehingga sekarang masih belum ada sebarang pengesahan atau kepastian daripada pihak Pudgy Penguins berkaitan perkara tersebut.

Sebelum ini Yuga Labs ada melancarkan metaverse, Otherside yang diinspirasikan oleh koleksi NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC).

Barangkali, Pudgy Penguins ada rancangan untuk mengikut jejak BAYC cuma belum jelas adakah benar atau tidak.

Ketika penulisan, harga lantai bagi koleksi penguin ini bernilai 2.44 ETH ($7,332.40, bersamaan RM 31,606.49).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat