Rekod Whales Ethereum Susut!

1,218

Jumlah alamat yang memiliki lebih 10,000 ETH telah mengalami perubahan besar sejak Ethereum mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $2,050 pada 20 Februari.

Rekod Santiment mendedahkan, jumlah wallets yang memiliki lebih 10,000 ETH, bernilai sekitar $17.7 juta berdasarkan harga semasa, telah susut 0.9% sejak lebih empat bulan lalu, berbanding penyusutan 7.2% bagi jumlah wallets yang memiliki 100,000 hingga 10,000 ETH.

Mungkin, jurang besar itu disebabkan oleh alamat-alamat itu dimiliki oleh entiti seperti pertukaran, firma besar atau dana institusi yang perlu menyimpan aset secara langsung atau kunci untuk pelaburan.

Pengasas bersama ETHhub, Anthony Sassano dalam kenyataan terbaru berharap lebih banyak firma besar dan institusi menambah pembelian dan pemilikan ETH dengan tujuan yang pelbagai seperti kegunaan sebagai gas dan pertaruhan dalam eth2.

Pada masa yang sama, beberapa alamat whales telah memasukkan lebih banyak ETH ke dalam DeFi, menyebabkan jumlah aset terkunci di seluruh protokol dalam sektor itu mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Laporan Debank mendedahkan jumlah terkunci Ethereum dalam DeFi menghampiri kemuncaknya pada 9.6 juta ETH. Ini mewakili 8.3% daripada bekalan keseluruhan dengan nilai jangkaan pada sekitar $17 bilion berdasarkan harga semasa. Ia merupakan rekod kali pertama sejak 11 Mac lalu.

Pada masa yang sama, sebanyak 3.53 juta ETH atau $6.3 bilion dipertaruhkan di Beacon Chain.

Dua faktor ini telah menyumbang kepada pegangan aset pada paras harga yang bergerak sekitar $1,800 sejak 9 Mac lalu. Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $1,803 dengan sedikit susut 1.29% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat