Relevankah Bitcoin Sebagai Matawang Perdagangan Global? Ini Penjelasan Citigroup!

1,224

Citigroup mendakwa bitcoin semakin menghampiri status sebagai matawang pilihan dalam perdagangan antarabangsa ekoran daripada firma gergasi seperti Tesla dan PayPal menyambut baik matawang ini dan bank pusat berlumba-lumba menghasilkan matawang digital.

Tidak dinafikan masa depan Bitcoin masih samar kerana terdedah pelbagai risiko dan halangan, namun lonjakan minat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi membuktikan penerimaannya secara global.

Sekitar pertengahan 2020, sektor kripto mula bangkit dan telah mendorong pemain besar Wall Street untuk menilai semula matawang kripto. Misalnya BNY Mellon, bank tertua di Amerika Syarikat (AS) menawarkan perkhidmatan perlindungan untuk bitcoin dan matawang digital yang lain.

Manakala, JPMorgan mula serius dengan bitcoin apabila berkali-kali membuat jangkaan harga terhadap aset itu dan terbaru telah melancarkan matawang digitalnya, JPM Coin.

Umum sedia maklum, dari awal lagi bitcoin dan matawang kripto lain menjadi topik hangat kerana cirinya yang volatile. Buktinya, matawang Satoshi Nakamoto telah susut lebih $10,000 selepas seminggu melonjak ke paras tertinggi melebihi $58,000.

Nampak seperti satu penyusutan drastik. Tapi, berdasarkan rekod, aset itu sebenarnya masih meningkat lebih 60% bagi tahun ini dan 460% sejak 12 bulan yang lalu.

Barisan penganalisa menyifatkan fenomena bullish kali ini berbeza dengan trend terdahulu, termasuk 2017 memandangkan lonjakannya didorong oleh pembabitan kalangan pelabur institusi.

Walaupun wujud keyakinan dalam kalangan pelabur institusi terhadap bitcoin, masih timbul isu berkaitan kecekapan modal, insurans dan perlindungan, sekuriti, dan pertimbangan ESG dari perlombongan Bitcoin.

Menurut Citigroup, jika dibandingkan sistem pembayaran konvensional, kripto jauh lebih baik. Tetapi, apabila melibatkan isu keselamatan, ia merupakan sesuatu yang sukar disangkal.

Manakala, Digiconomist mendedahkan perlombongan bitcoin sebenarnya menghasilkan karbon yang mana hampir setanding dengan New Zealand susulan daripada penjanaan kuasa yang tinggi dengan penggunaan komputer berkuasa tinggi.

Pada akhirnya, satu hal yang perlu diakui, era COVID-19 telah mencipta satu fenomena baru terhadap kewangan digital dalam usaha kepada alternatif fintech.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat