Remaja 17 Tahun Kongsi Ilmu Pelaburan Secara Percuma

2,655

Cuba anda imbas kembali apa yang anda lakukan ketika berusia 17 tahun? Berada di sekolah, sedang sibuk membuat persediaan untuk menghadapi SPM manakala pada waktu lapang pula buku-buku dibawa untuk mengulangkaji pelajaran.

Barangkali ada juga yang memilih untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, melakar memori tahun akhir persekolahan. Namun, lain pula yang dilakukan oleh remaja berusia 17 tahun ini yang menjadikan pelaburan sebagai keghairahannya.

Terlibat dalam dunia pelaburan seawal usia sangat muda, dalam tempoh 2 tahun, Brandon Fleisher, seorang remaja dari Toronto ini telah berjaya menggandakan hasil pelaburannya daripada $48,000 kepada $147,000. Sungguh menakjubkan!

Kini, ketika remaja seusianya sibuk untuk mendapatkan selfie terbaik dalam instagram dan snapchat, beliau memilih untuk meluangkan masa lapang dengan mengendalikan laman sesawang dan akhbar miliknya, The Financial Bulls.

Kedua-dua medium yang ditubuhkannya adalah bertujuan untuk membantu para pelabur baru belajar tentang pasaran secara percuma.

Di samping itu, apabila Brandon membeli beribu-ribu saham syarikat pengiklanan mudah alih Inuvo, beliau akan berhubung dengan CEO syarikat berkenaan untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang diperlukan. Tindakan yang dilakukan itu persis seperti seorang pelabur profesional walaupun beliau baru sahaja berusia 17 tahun. Hebat bukan?

Hakikatnya, beliau banyak mempelajari tentang pelaburan ketika berusia 13 tahun. Dalam kelas Matematik, gurunya mengarahkan semua pelajar untuk memilih satu saham dan menilainya.

Brandon telah memilih Avalon Rare Metals berbanding daripada syarikat-syarikat terkemuka yang lain seperti Apple, Starbucks dan GE.

Setelah tamat kelas tersebut, beliau telah memulakan perlaburan menggunakan saham palsu di Marketwatch.com. Pencapaian beliau sangat membanggakan sehingga kedua-dua ibu bapanya membuka satu akaun TD Ameritrade Direct account dan memberikan wang simpanan mereka sebanyak $48,000 untuk dilaburkan.

Selain itu, Brandon mempunyai strategi pelaburan yang luar biasa. Kebanyakan fund managers menyarankan supaya pelabur baru membeli saham yang besar dan terkemuka atau meletakkan wang mereka sebagai mutual funds atau ETF.

Berbeza dengan remaja 17 tahun ini, beliau memilih saham kecil dan tidak akan memegangnya lebih dari tempoh setahun.

Hal ini disebabkan oleh apa-apa situasi yang berlaku dalam syarikat atau industri, berita berkenaan akan menggerakkan harga saham yang kecil.

Seterusnya, gara-gara minatnya tersebut, Brandon berkongsi tips pelaburannya yang dikenali sebagai ‘Investing 101’ melalui medium atas talian. Beliau mempunyai sekumpulan penulis tanpa gaji untuk The Financial Bulls dan akhbar miliknya yang telah berkembang daripafa 60 subscribers pada Januari kepada 375 hari ini.

Kebanyakan penulis atas talian ditemui melalui sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Leaders Investment Club. Usaha yang dijalankan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai lagi individu belajar tentang pelaburan khususnya generasi muda.

Kesimpulannya, masih belum terlambat untuk anda mula belajar tentang pelaburan kerana ianya tidak mengira apa pun latar belakang mahupun umur anda. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat