Remaja Belasan Tahun Ini Jadi Rakan Kongsi Termuda Firma Pelaburan Global

566

Seorang remaja berketurunan India dan Amerika dari New Jersey ini telah berjaya mencipta nama dalam industri pelaburan ketika usianya terlalu muda. Hebat!

Rishi Bagaria, kini berumur 18 tahun merupakan seorang penganalisis di Thessalus Capital, sebuah firma yang diasaskan oleh abangnya dengan sahabat-sahabat keluarga mereka ketika berusia 15 tahun.

Apa yang mengejutkan ialah Rishi Bagaria telah dinamakan sebagai seorang rakan kongsi termuda dalam firma berkenaan walaupun masih berada di sekolah menengah. Selain itu, pengarah urusan dan presiden firma tersebut turut menyifatkan Rishi Bagaria sebagai ‘bintang yang bersinar’ dalam dunia pelaburan.

Hakikatnya, Bagaria terinspirasi dengan bapa saudaranya yang bergiat aktif dalam pasaran saham. Oleh itu, beliau telah mengambil inisiatif untuk belajar dengan lebih lanjut berkenaan pelaburan dan buku pertama yang dibacanya berjudul ‘Investing for Dummies’ serta turut menyertai kelas celik kewangan di sekolahnya.

Dengan bantuan ahli keluarganya, Rishi dan abangnya, Raj Bagaria telah mula melabur dalam akaun pasaran saham maya dan memperlakukannya seperti akaun sebenar. Pelaburan sebenar yang dilakukan oleh Rishi ialah ketika beliau membeli ‘blue chip stock’ seperti Apple dan AT&T kerana ianya tidak terlalu berisiko.

Kini, Rishi bukan sahaja menjadi rakan kongsi termuda bahkan terlibat sebagai pengurus atasan Thessalus Capital. Beliau juga mengetuai pasukan penganalisis dan mengkaji semula segala penyelidikan sebelum diserahkan kepada pihak atasan.

Pepatah ada menyebutkan bahawa masa itu emas. Oleh yang demikian, Rishi benar-benar memanfaatkan masanya dengan sebaik mungkin. Walaupun sibuk dengan pekerjaannya di Thessalus Capital, namun beliau tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Beliau akan membuat pembahagian masa dengan bijak.

Selain daripada menyiapkan kerja sekolah, Rishi turut meluangkan masanya dengan membaca The Wall Street Journal dan The Economist pada setiap pagi. Di samping itu, Rishi merancang untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perniagaan global di Georgetown pada musim luruh.

Pengalaman ketika bekerja di Thessalus Capital banyak memberikan pengajaran buatnya. Beliau pernah melakukan kesilapan dalam menilai pasaran namun, ianya tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus melakukan yang terbaik.

Tuntasnya, golongan muda haruslah sedar tentang kepentingan pelaburan dalam kehidupan seharian. Jadi, masih belum terlambat untuk anda bermula sekarang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat