Resolusi Untuk Menghadkan Kuasa Ketenteraan Trump Diluluskan!

1,019

Dewan Perwakilan A.S pada hari Khamis telah meluluskan resolusi yang bertujuan untuk membataskan kuasa ketenteraan Presiden Donald Trump ke atas Iran. Pada minggu lalu, Trump telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq sehingga mengorbankan Jeneral Iran Qassem Soleimani.

Dewan yang majoritinya dipegang oleh Parti Demokrat meluluskan resolusi tersebut dengan keputusan 224-194, dan turut menerima undian daripada beberapa ahli parti Republik pimpinan Trump. Resolusi ini seterusnya akan diserahkan kepada Senat untuk pertimbangan.

Resolusi tersebut diusulkan berikutan kebimbangan Demokrat terhadap ketegangan di Timur Tengah akan membawa kepada konflik ketenteraan. Jika diluluskan oleh Senat, ia akan membolehkan Kongres untuk mengawasi tindakan ketenteraan White House ke atas Iran.

Undian ini dibuat selepas dua hari serangan peluru berpandu Iran ke pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera A.S. Susulan daripada serangan itu, Trump mengumumkan akan mengenakan sekatan ekonomi tambahan kepada Iran, menunjukkan isyarat tidak ingin membalas serangan Tehran dengan kuasa ketenteraannya.

Pada pagi Khamis, Trump telah menyeru semua ahli partinya untuk menentang resolusi itu. Sebaik sahaja undian dimulakan, beliau mengeluarkan kenyataan di twitter bahawa beliau bersetuju dengan bekas penasihat keselamatan negara, John Bolton mengenai Resolusi Kuasa Perang 1973 perlu dimansuhkan.

Sementara itu, dalam satu surat yang diutuskan kepada Majlis Keselamatan PBB pada Khamis, Duta Amerika Syarikat Kelly Craft memberitahu bahawa pembunuhan Jeneral Iran Qassem Soleimani minggu lalu adalah sebagai tindakan Amerika Syarikat untuk mempertahankan diri.

Craft berkata tindakan serangan itu adalah dibenarkan di bawah Artikel 51 Piagam PBB, di mana negara dikehendaki melaporkan dengan segera kepada 15 anggota Majlis Keselamatan mengenai tindakan yang diambil dalam melaksanakan hak mempertahankan diri.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat