Respon Data Ekonomi, EUR/USD Catat Lebih 250 Pips Pergerakan Harga Harian!

403

Seperti yang telah dijangkakan pada analisis yang dikongsikan semalam, matawang Euro terus menyusut selepas memberi reaksi terhadap data ekonomi yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam.

Data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Perancis, Jerman dan seterusnya bagi zon Eropah, kesemuanya mencatatkan bacaan yang lebih rendah berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga yang pada mulanya menunjukkan sedikit kenaikan penghujung sesi Asia akhirnya menjunam hampir 80 pips mencecah paras sekitar 1.0755.

Paras terendah yang dicatatkan tersebut juga merupakan yang terendah untuk dagangan 4 minggu selepas melepasi paras support harga pada awal April lalu.

Namun pada sesi New York, mengejutkan pasaran apabila harga kembali melonjak 90 pips mencatatkan paras tertinggi harian dengan harga memberi reaksi terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

Data tuntutan pengangguran AS masih lagi tinggi pada bacaan 4.4 juta manakala data PMI pembuatan dan perkhidmatan AS juga turut lemah.

Namun lonjakan ketara tersebut adalah turut didorong oleh perkembangan perbincangan wakil-wakil Kesatuan Eropah (EU) dalam isu pelaksanaan pakej rangsangan.

Canselor Jerman, Angela Merkel mencadangkan bahawa ia sesuatu yang sangat ‘besar’, menyebabkan pengukuhan bagi Euro. Namun persetujuan yang gagal dicapai telah kembali melemahkan semula matawang Eropah tersebut.

Justeru dapat dilihat harga kembali menjunam semula 80 pips ke paras support semula selepas lonjakan tersebut gagal meneruskan kenaikan.

Harga kemudian bergerak perlahan sehingga bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini di mana harga berada di bawah paras 1.0770 dan menguji zon support pada paras terendah yang dicecah semalam.

Penurunan seterusnya dilihat akan menguji zon support sekitar 1.0740 sebelum penurunan lebih rendah yang berjaya diteruskan akan menuju paras 1.0650 iaitu zon support pada dagangan Mac lalu.

Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, harga dilihat akan kembali menguji ketinggian lonjakan semalam pada zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.0820.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat