Restoran Chipotle Anjur Permainan Dengan Hadiah Ganjaran Dalam BTC, ETH, SOL, AVAX & DOGE

156

‘Agaknya bila lah boleh beli makanan dekat pasar malam Malaysia guna kripto ni?

Restoran makanan segera Amerika Syarikat (AS), Chipotle menganjurkan permainan online untuk pelanggan memenangi lebih $200, 000 dalam bentuk aset kripto.

Perkara tersebut telah diumumkan Chipotle menerusi satu ciapan Twitter pada 25 Julai lalu yang bertanya andai pelanggannya mahu memenangi kripto secara percuma.

Difahamkan restoran tersebut mengadakan sebuah permainan yang berlangsung sehingga 31 Julai yang diberi nama ‘Buy The Dip’.

Pemain dikatakan akan menerima $45,000 Bitcoin (BTC), $10,000 Ether (ETH), $13,750 Solana (SOL), $14,250 Avalanche (AVAX) dan $14,250 Dogecoin (DOGE) dalam akaun ganjaran mereka jika diumumkan sebagai pemenang.

Ulas Ketua Pegawai Pemasaran Chris Brandt, hadiah akan diberikan berdasarkan kadar pertukaran pada hari penganugerahan dan bukannya pada akhir kempen.

Terangnya lagi, ia merupakan salah satu usaha syarikat membina fandome* generasi seterusnya yang menghubungkan komuniti Web3.

*Istilah merujuk kepada penyokong fanatik terhadap sesuatu yang merangkumi komuniti berskala besar.

Umumnya ini bukan kali pertama Chipotle menawarkan kripto sebagai ganjaran.

Sebelum ini bersempena Hari Burito Kebangsaan mereka telah memberi sebanyak $100,000 BTC kepada sesiapa yang mengambil bahagian dalam permainan yang dianjurkan.

Selain itu, restoran tersebut juga dilihat cuba untuk menjadi perintis sistem pembayaran kripto apabila 3,000 restorannya si sekitar AS dikatakan menerima 98 jenis token melalui Flexa.

Dalam pada itu, rangkaian makanan segera lain seperti Burger King dan McDonald’s juga sedang rancang mengaplikasikan penggunaan kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat