Review Matawang Aussie Sepanjang Minggu Ini (23-27 April)

402

Dolar Australia adalah matawang kedua paling lemah pada minggu ini di belakang Kiwi (NZD). Faktor utama kepada kejatuhan matawang AUD pada minggu ini adalah perbezaan kadar faedah dan juga faktor pengukuhan matawang US dollar.

Matawang AUD memulakan kejatuhan sejak Isnin dengan melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain di mana US dollar membuat lonjakan pada hari tersebut.

Faktor kelemahan AUD dilihat banyak dipengaruhi oleh kekuatan US dollar dengan peningkatan Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS (US10-year Treasury Yields) yang berjaya mencapai parasa tertinggi 3.035% pada Rabu.

AUD makin tertekan pada Selasa apabila data inflasi CPI merekod bacaan yang meleset daripada jangkaan. Indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.4% pada sukuan bulan Mac, tersasar daripada sasaran yang menjangkakan peningkatan 0.5%. Inflasi tahunan berada pada paras 1.9% dan bacaan ini juga dibawah jangkaan. Inflasi teras yang disasarkan oleh bank pusat Australia (RBA) pada jangka masa panjang ialah 2% hingga 3%.

Matawang AUD terus tertekan pada Khamis walaupun Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS telah jatuh daripada paras tertinggi kerana US dollar tidak menunjukkan tanda untuk melemah. US dollar sebaliknya kekal kukuh pada Khamis yang dibantu oleh berita bahawa Amerika menghantar delegasinya ke China untuk merundingkan pertikaian perdagangan dua negara.

Lawatan Kudlow (Pengarah Majlis Ekonomi AS) ke China untuk menyelesaikan masalah perdagangan AS-China dilihat satu harapan baru bahawa ‘Perang Perdagangan’ tidak akan tercetus antara AS-China, sekaligus telah menyokong kenaikan US dollar.

Seperti biasa pengukuhan US dollar biasanya akan menyebabkan matawang komoditi seperti AUD menjadi tertekan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat