Review Pergerakan Matawang NZD Sepanjang Minggu Ini (16-20 April)

339

Matawang dollar New Zealand (NZD) berhadapan jalan sukar selama tiga hari berturut-turut pada Jumaat dengan US dollar mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. NZD pada pertengahan sesi Jumaat boleh dikatakan matawang paling lemah dengan NZD/USD jatuh 0.72% setakat pada pukul 5.21 petang.

Selepas mengaut keuntungan tiga minggu berturut-turut, kini NZD mengalami kerugian sepanjang minggu ini. Setakat pada pukul 5.22 petang pada Jumaat, NZD adalah matawang paling lemah di kalangan matawang utama yang lain.

NZD setakat ini paling banyak melemah berbanding Euro diikuti oleh USD, Yen, CAD, AUD, CHF dan akhir sekali GBP.

Matawang Kiwi mula jatuh pada Isnin apabila tercetusnya sentimen risk-off yang disebabkan serangan ke atas Syria pada Sabtu lalu. Hal ini telah menyebabkan NZD melemah berbanding matawang utama yang lain pada Isnin.

Kiwi sekali lagi tertekan pada Selasa walaupun sentimen telah beransur pulih. Ini jelas dilihat selepas laporan data perindustrian China pada pagi Selasa yang kurang memberangsangkan. Selepas daripada itu, semua pair NZD didagang mendatar sebelum tekanan kembali pada Khamis.

Terdapat sedikit kebimbangan kepada pasaran pada Khamis sehingga menyebabkan NZD terus tertekan. AUD turut tertekan dengan potensi kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat semakin meningkat. Hal ini telah menambah permintaan terhadap greeback berbanding AUD dan NZD.

Laporan temubual bakal Gabenor bank pusat New Zealand (RBNZ), Adrian Orr juga menunjukkan bahawa ekonomi akan terus mengalami, “inflasi yang lemah di masa hadapan tanpa ragu.” Ini sekaligus menampakkan RBNZ di bawah Adrian akan terus mengekalkan kadar faedah di paras terendah.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat