Review Pergerakan Matawang NZD Sepanjang Minggu Ini (23-27 April)

428

Matawang NZD adalah matawang paling lemah pada minggu ini yang disebabkan oleh potensi peningkatan kadar faedah yang lebih tinggi di Amerika Syarikat. Salah satu sebab juga adalah kenaikan US dollar yang sering menjadikan matawang komoditi seperti NZD tertekan.

Salah satu punca kejatuhan NZD pada minggu lalu adalah komen Gabenor RBNZ, Adrian Orr yang mengatakan kadar faedah di New Zealand akan kekal rendah yang menunjukkan bank pusat selesa untuk mengekalkan kadar faedah di paras terendah buat masa ini. Ini adalah faktor tambahan yang terus membawa NZD ke paras terendah pada minggu ini ditambah lagi dengan Hasil-Bon 10-tahun kerajaan AS yang melepasi paras 3% pada Rabu.

Peningkatan Hasil-Bon 10-tahun AS telah menolak US dollar lebih tinggi sejak Isnin dengan matawang komoditi CAD dan AUD turut tertekan. Peningkatan US dollar menjadikan harga-harga komoditi menjadi semakin mahal dan menyebabkan permintaan komoditi berkurangan dan seterusnya menekan matawang-matawang komoditi seperti NZD, AUD dan CAD.

Kesimpulannya di sini, kelemahan matawang NZD banyak disebabkan oleh faktor pengukuhan matawang US dollar. Walaupun Hasil-Bon AS mula jatuh pada Khamis, tetapi US dollar kekal kuat dengan terdapatnya pemangkin lain yang menyokong kenaikan US dollar.

Sentimen meyakinkan terhadap US dollar pada Khamis dan Jumaat banyak disokong oleh laporan rundingan AS-China dan juga hari bersejarah Korea Utara dan Korea Selatan. Terbaru, pada Khamis Amerika Syarikat dilaporkan akan menghantar delegasinya ke China untuk berunding dalam isu perdagangan yang akan diketuai oleh Larry Kudlow.

Sentimen global semakin baik selepas pertemuan antara kedua-dua pemimpin Korea Kim Jong-Un dan Moon Jae-In bertemu pada Jumaat. Kesan langsung positif kepada matawang Won Korea Selatan dengan US dollar juga mengukuhkan kedudukannya pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat