Review Pergerakan Matawang YEN Sepanjang Minggu Ini (16-20 April)

568

Yen adalah matawang ketiga paling banyak mengaut keuntungan pada minggu ini setakat pada pukul 5.50 petang pada Jumaat. Jika Yen mengekalkan prestasi semasa sehingga pasaran ditutup pada pagi Sabtu, ini akan menjadi kenaikan pertama Yen selepas jatuh 3 minggu berturut-turut sebelum ini.

Setakat ini Yen paling banyak menguat berbanding NZD diikuti oleh GBP, CHF, AUD, CAD. Manakala matawang Jepun ini melemah berbanding USD dan Euro.

Jelas dilihat pergerakan Yen adalah bertentangan dengan pergerakan hasil-bon 10-tahun AS (US 10-yr yield) sepanjang minggu ini. Hal ini menunjukkan sebarang peningkatan hasil di AS menyebabkan kejatuhan matawang Yen.

Sentimen pasaran semakin pulih pada minggu ini daripada risiko geopolitik Syria, risiko perang perdagangan AS-China. Dengan sentimen yang semakin baik, indeks-indeks saham global juga membuat kenaikan yang meyakinkan khususnya pada Selasa dan Rabu.

Sentimen Risk-On kemudiannya beransur lemah terutamanya pada penghujung sesi Rabu dan lebih ketara pada Khamis sekaligus menyokong kenaikan matawang Yen.

Hasil bon 10 tahun AS sekali lagi membuat kenaikan pada Jumaat, dan Yen banyak mendapat tekanan daripada pergerakan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat