Rezeki Hujung Minggu, Bursa Melantun Kembali Seiring Wall Street

145

Mencerminkan lantunan positif Wall Street, Bursa Malaysia di buka tinggi daripada kerugian semalam.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, mungkin terdapat aktiviti pembelian pada saham perbankan atau teknologi dengan indeks dijangka berlegar pada julat 1,405-1,420 pada hari ini di sebalik sentimen masih negatif.

Hasilnya, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) naik 6.63 mata pada 1,408.52 daripada penutupan Rabu pada 1,401.89 dengan pembukaan kukuh 5.5 mata pada 1,407.39.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 260 atasi kerugian pada 56, manakala 157 kaunter pula tidak berubah, 1,928 tidak didagangkan dan 57 digantung.

Jumlah perolehan pada 123.66 juta unit bernilai RM57.47 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd capai 2 sen pada RM4.28, Petronas Chemicals Group Bhd naik 4 sen pada RM8.41, CIMB Group Holdings Bhd serta  IHH Healthcare Bhd maju 6 sen pada RM5.17 dan RM5.99 tatkala Maybank) kekal pada RM8.56 dan Hong Leong Bank Bhd mendatar pada RM20.44.

Saham aktif memperlihatkan PT Resources Holdings Bhd lonjak 2 sen pada 43.5 sen, Top Glove Corp Bhd kumpul 1.5 sen pada 60.5 sen, Tanco Holdings Bhd naik 1 sen pada 30.5 sen sementara Sapura Energy Bhd, Velesto Energy Bhd dan SNS Network Technology Bhd pada 4 sen, 11.5 sen dan 27 sen.

Di papan indeks, FBM Emas Index raih 53.3 mata pada 10,062.75, FBM 70 kumpul 88.48 mata pada 12,255.13, FBMT 100 Index capai 52.07 mata pada 9,812.58, FBM Emas Shariah Index lonjak 50.63 mata pada 10,124.4 dan FBM ACE tambah 31.54 mata pada 4,687.44.

Segi sektor, indeks Tenaga kukuh 11.69 mata pada 682.01, indeks Perladangan naik 46.91 mata pada 6,505.99, indeks Perkhidmatan Kewangan maju 67.04 mata pada 15,990.66 dan indeks Produk serta Perkhidmatan lonjak 1.43 mata pada 171.58.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat