Ribut Taufan Irma Ke Florida Selepas Musnahkan Puerto Rico

120

Presiden US, Donald Trump menggelar taufan Irma sebagai “antara raksaksa terbesar” apabila ia menimpa kawasan pantai Florida dan menyatakan beliau akan pergi ke negeri tersebut tidak lama lagi serta memuji petugas-petugas kecemasan atas usaha mereka untuk melindungi mangsa.

“Berita yang buruk adalah ini (taufan Irma) merupakan antara raksaksa terbesar”, jelas Trump kepada wartawan di White House, dengan mengatakan ribut ini akan mengakibatkan kemusnahan yang tinggi.

“Sekarang, kami bimbang dengan nyawa, bukan kos”, kata Trump selepas kembali daripada memantau ribut dan perjumpaan bersama kabinet menteri di Camp David, Maryland.

 

Dewan Rakyat Amerika turut membatalkan jadual undian mereka hari ini disebabkan oleh Irma.

Trump memuji pasukan pegawai keselamatan pantai US dan agensi pengurusan kecemasan negara yang menjalankan tugas dengan baik dalam pelarasan bersama negeri yang ditimpa ribut, namun beliau menambah, “Saya jangkakan, bahagian sukar akan bermula sekarang”.

Naib Presiden, Mike Pence berkata dalam lawatannya ke ibu pejabat FEMA Washington bahawa Turmp akan menawarkan sumber penuh kerajaan persekutuan kepada Florida dan negeri-negeri yang terbabit.

“Di manapun taufan Irma pergi, kami akan tiba dahulu, kami akan tiba dengan sumber dan sokongan bagi menyelamatkan nyawa dan memberi bantuan untuk membina semula negeri dan komoniti”, jelas Pence lagi.

Trump juga memilik sebuah resort di Palm Beach Florida, dimana beliau sentiasa melawatinya ketika memegang sebagai presiden

Semalam, Trump mengeluarkan pengistiharan bencana di kawasan Puerto Rico, dan akan memperluaskan dana persekutuan kepada US Virigin Islands yang telah mengalami kemusnahan akibat ribut ini. Beliau juga berkata akan ke Florida tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat