Ribut Tropika Barry Faktor Tambahan Kenaikan Harga Minyak

339

Harga minyak mentah meningkat pada Jumaat, berlegar di sekitar paras tertinggi enam minggu, berikutan pengeluar minyak Amerika Syarikat di Teluk Mexico memotong lebih separuh daripada pengeluaran minyak ekoran berdepan faktor fenomena ribut tropika selain ketegangan yang berlarutan di Timur Tengah.

Pasaran niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.4% di paras $66.81 setong. Penanda aras antarabangsa meningkat pada kadar 0.7% pada Khamis selepas mencapai paras tertinggi sejak penghujung Mei sekitar $67.52 setong.

Manakala, pasaran niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat meningkat 0.5% di paras $60.51 setong. Penanda aras minyak AS mencapai paras tertinggi sejak 23 Mei lalu pada sesi sebelum ini sekitar $60.94 setong.

Pada Khamis, syarikat-syarikat minyak di Teluk Mexico terpaksa mengurangkan pengeluaran lebih daripada 1 juta tong sehari atau 53% daripada kadar pengeluaran rantau itu, disebabkan oleh fenomena ribut Tropika Barry yang berpotensi untuk menyebabkan tragedi tanah runtuh pada Sabtu di Pantai Louisiana.

Ribut tersebut diramalkan akan tergolong dalam kategori ribut taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 74 batu sejam (119km sejam).

Selain itu, faktor risiko geopolitik melibatkan Iran turut menyumbang kepada peningkatan harga minyak mentah dalam pasaran.

Iran sebelum ini dilaporkan melakukan cubaan untuk menghalang kapal tangki minyak British susulan penahanan kapal tangki Grace 1 milik Iran yang dirampas oleh tentera laut British kerana didakwa melanggar arahan sekatan dengan membawa minyak ke Syria.

Unjuran permintaan minyak pada tahun 2020 yang rendah oleh OPEC mengekalkan harga minyak mentah dalam pemantauan. OPEC mengatakan dunia memerlukan 29.27 juta tong sehari minyak mentah daripada 14 negara ahli pada tahun 2020, menurun 1.34 juta setong berbanding tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat