Ringankan Beban Mangsa Banjir, Syed Saddiq Lancarkan NFT Sendiri!

890

“Bijak juga idea Syed Saddiq ni untuk tolong mangsa banjir, pihak lain boleh la contohi jejak beliau.”

Syed Saddiq, ahli Parlimen Muar dan individu termuda dilantik sebagai jawatan menteri telah memeterai perjanjian bersama NFT4HOPE pada 8 Januari 2022 untuk melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) dengan wajahnya.

NFT4HOPE dilaporkan akan melelong beberapa karya seni digital Syed Saddiq yang unik untuk tujuan pengumpulan dana bagi membantu mangsa banjir.

Mereka yang berhasrat untuk membeli NFT tersebut haruslah menggunakan Ethereum (ETH) sebagai alternatif pembayarannya bagi koleksi aset digital itu.

Umum mengetahui bahawa memanfaatkan mata wang kripto seperti ETH untuk membeli sesuatu NFT dapat membantu artis mahupun industri seni berkembang maju susulan setiap koleksi aset digital boleh dijual dengan harga berjuta-juta.

Namun, terdapat beberapa pihak yang menentang NFT dengan menyebut ia sebenarnya boleh merosakkan alam sekitar.

Meskipun begitu, Syed Saddiq berpandangan NFT4HOPE adalah bertujuan mengumpul dana untuk mangsa banjir di Malaysia.

Walaupun NFT akan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dalam jangka masa panjang, Syed Saddiq menegaskan bahawa ia dapat meringankan beban mangsa yang mengalami banjir ataupun bencana lain.

Berbalik kepada penerangan, NFT Syed Saddiq yang dicipta oleh artis Malaysia bernama Jaee Tee akan mempunyai dua jenis koleksi berbeza, iaitu “Super Rare” dan “Ultra Rare”.

Berminat nak tahu tentang dunia kripto yang mampu buatkan anda semua ingin menerokainya setiap hari? Jom sertai komuniti kripto kami sekarang. TEKAN SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat