Ringgit Berupaya Mencecah Nilai RM4.80 Dalam Masa Terdekat : CIMB Investment Bank

130

Dalam tempoh terdekat, CIMB Investment Bank Bhd berkata bahawa Ringgit berupaya mencecah sehingga nilai RM4.80 berbanding US Dollar berikutan naik turun pasaran yang tidak menentu.

Hal ini juga terjadi disebabkan ketidaktentuan pasaran setelah pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat yang baru.

Penganalisis Pelaburan CIMB iaitu Ivy Ng berkata bahawa secara teknikal, Ringgit kelihatan turun dengan mendadak dalam masa yang singkat. Menurut beliau lagi, Ringgit dilihat berupaya untuk menyentuh sehingga RM4.50 dan RM4.80 lagi dalam tempoh tiga hingga enam bulan yang akan datang.

Kesan kempen Trump terhadap isu inflasi juga memberi tekanan kepada pasaran.

Menurut beliau lagi, turun naik Ringgit akan terus berlaku selagi dasar-dasar ekonomi dan perdagangan pentadbiran AS masih tidak diketahui. Bagaimana pun, Ringgit boleh mengukuh, ataupun kembali kepada landasan asal sama seperti ketika sebelum pilihanraya presiden AS dijalankan.

Jika Ringgit terus melemah, kadar persaingan untuk aktiviti eksport akan lebih sengit. Syarikat yang mempunyai asset di luar negara juga antara yang akan mendapat manfaat daripada kesan penurunan nilai ini.

Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat yang memperoleh manfaat dari kelemahan matawang Ringgit menerusi nilai saham termasuklah HeveaBoard Bhd, Top Glove Corp Bhd dan Evergreen Fibreboard Bhd. Sebaliknya buat syarikat Tan Chong Motor Holdings Bhd, Bermaz Auto Bhd dan UMW Holdings Bhd kerana kecundang ketika Ringgit melemah baru-baru ini.

FBM KLCI juga jatuh hampir 1% pada hari Jumaat. Harga saham YTL Power, Genting Plantations dan Inari turut merosot sehingga 3% pada hari Jumaat. Ketidaktentuan pasaran dalam tempoh jangka pendek hanya menarik pelabur untuk sektor utiliti dan pembinaan. Pun begitu, firma penyelidikan ini masih mengekalan nilai KLCI pada 1730 untuk akhir tahun 2016 serta 1880 bagi akhir tahun 2018.

Mungkinkah Akan Ada Undang-Undang Yang Lebih Ketat Untuk Forex Market di Malaysia?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat