Ringgit Cetus Kejutan, Kukuh Tinggi Selepas Tersadai Atas RM4.70 Sebulan!

1,568

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan Khamis hasil sokongan oleh penurunan kadar faedah global yang melemahkan sentimen terhadap mata wang gergasi dunia itu.

Tepat jam 10.30 pagi, ringgit kukuh pada 4.6850 iaitu meningkat sebanyak 0.28% berbanding USD daripada ia ditutup 4.6985 semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) jatuh apabila Presiden Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberi isyarat bahawa penurunan kadar akan berlaku tanpa perlu menunggu inflasi turun ke matlamat 2%.

Di pasaran tempatan, beliau berkata para pelabur akan memantau rapat mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis dan dijangka OPR kekal pada 3.0%.

Prospek perbezaan kadar faedah yang lebih rendah antara FFR dan OPR akan menjadi pendorong kepada ringgit untuk kukuh dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan itu bertambah nilai berbanding yen Jepun kepada 2.9024/9069 daripada penutup Rabu 2.9075/9092 dan meningkat berbanding euro kepada 5.0816/0892 daripada 5.0828/0855 semalam dan jatuh kepada 6.0285/0375 berbanding British 6.0174/0206 sebelum ini.

Begitu juga, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding rakan setara Asean.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4779/4834 daripada 3.4817/4838 semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 288.7/289.3 daripada 289.2/289.6 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan susut kepada 12.9233/9465 berbanding baht Thailand daripada 12.9062/9184 pada hari Rabu dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.05/8.07.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat