Ringgit Dibuka Positif Selepas Laporan FOMC, Fed Minta Pasaran Untuk Kekal Bertenang

242

Ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding USD pada pembukaan Khamis selepas data inflasi tahunan Amerika Syarikat (AS) catatkan penurunan untuk bacaan Mei.

Pasaran terus menilai langkah pelonggaran dasar untuk dilaksanakan oleh Federal Reserve pada penghujung 2024 setelah menilai keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Tepat jam 10.30 pagi, ringgit mengukuh pada posisi 4.7030 iaitu naik sebanyak 0.25% berbanding mata wang dolar AS daripada ia ditutup pada 4.7160.

Pakar Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar (DXY) susut dibawah 105 mata selepas terbitan data-data penting terkini. Kelemahan mata wang gergasi dunia itu mengheret pasaran untuk meyakini pelonggaran dasar pada penghujung tahun ini.

Katanya lagi, ringgit akan kekal bertahan pada posisi RM4.7000 sepanjang hari Khamis.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Ia lebih rendah berbanding mata wang yen Jepun kepada 2.9999 daripada 2.9977 pada penutup Rabu, susut berbanding euro kepada 5.0863 daripada 5.0711 dan pound Britain kepada 6.0189.

Berbanding rantau Asean pula, ringgit didagangkan agak bercampur-campur dengan ia hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 288.5 dan lebih tinggi daripada peso Filipina pada 8.03.

Walau bagaimanapun, ia merendah berbanding mata wang dolar Singapura kepada 3.4889 daripada penutup semalam dan susut berbanding baht Thailand pada 12.8719 daripada 12.8529.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat