Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman KDNK

142

Unit tempatan dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2019 pada Jumaat.

Permintaan terhadap ringgit berkurang dan pelabur mengambil langkah berhati-hati untuk tidak memasuki pasaran serta menunggu pengumuman tersebut oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit dibuka pada 4.1910/1960 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 ketika ditutup semalam.

Terdahulu, ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu disebabkan terdapat jangkaan pertumbuhan yang tinggi dalam KDNK suku kedua 2019.

Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada pelabur menjangkakan KDNK suku kedua 2019 adalah rendah berdasarkan sentimen global yang lemah.

Menurut laporan Bernama, Standard Chatered (StanChart) telah mengurangkan jangkaan pertumbuhan KDNK 2019 bagi Malaysia 4.6% daripada 4.9%.

Secara keseluruhan, ringgit didagangkan rendah berbanding yen yang turun kepada 3.9564/9622 daripada 3.9359/9398 namun diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0158/0204 daripada 3.0192/0224 manakala berbanding pound Britain pula naik kepada 5.0539/0604 daripada 5.0575/0628.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat