Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

114

Unit tempatan diniagakan tidak berubah berbanding dolar AS disebabkan kekurangan pemangkin dalam pasaran.

Pagi ini, ringgit tetap pada paras 4.1750/1800 berbanding dolar AS tidak berubah ketika ditutup semalam.

Ringgit dan mata wang serantau yang lain mungkin diniagakan tidak berubah menjelang simposium tahunan Jackson Hole pada Jumaat ini dengan kebergantungan kepada jangkaan pengurangan kadar faedah dalam langkah bank pusat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, perubahan unit tempatan juga bergantung kepada hasil rundingan daripada perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China disebabkan pelabur yang boleh berubah-ubah dan sangat reaktif terhadap sentimen pasaran global.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0173/0213 daripada 3.0186/0226 dan juga naik berbanding yen kepada 3.9176/9234 daripada 3.9202/9264.

Berbanding pound Britain pula ringgit tidak berubah pada 5.0634/0712 daripada 5.0634/0703 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6284/6344 daripada 4.6317/6377.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat