Ringgit Dijangka Mengukuh Sehingga RM4.10 Berbanding US Dolar Akhir Tahun Ini

113

Kecenderungan peningkatan ringgit dilihat akan terus stabil, disokong oleh fundamental ekonomi yang kukuh serta jangkaan para penyelidik pasaran yang melihat ringgit bakal didagang RM4.10 berbanding dolar akhir tahun ini.

Ringgit yang melonjak pada minggu lalu menambahkan keyakinan disamping mengejar nilai-nilai matawang serantau yang lain terutamanya dolar singpura, yuan dan yen.

Ketua ekonomi AmBank Group, Anthoni Dass sangat optimis dengan ringgit, menjangkakan nilai ringgit akan mengukuh sehingga RM3.95 berbanding US dolar.

“KNDK yang lebih baik daripada jangkaan pada suku tahun pertama dan kedua, serta aliran dana yang baik sekitar RM10.7 billion ke dalam pasaran ekuiti, tekanan inflasi yang berkurangan serta pemulihan sentimen ringgit, menunjukkan banyak lagi ruang matawang ini untuk mengukuh”, jelas Dass kepada akhbar NST semalam.

Ahli ekonomi BIMB, Imran Nurgainias Ibrahim juga mengatakan, kestabilan ringgit mula kembali secara beransur-ansur. “Kita sekarang melihat kecenderungan permintaan ringgit akan kekal dengan pertembungan faktor luaran dan domestik”.

Rizab antarabangsa terus meningkat, mencerminkan sumbangan positif daripada aliran dagangan melalui peningkatan hasil eksport dengan pertumbuhan eksport yang semakin teguh.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar pada RM4.2055 satu dolar semalam. Susut 0.07% kepada RM4.2052 setakat jam 12.10 tengahhari. Ringgit berada di bawah paras RM4.21 sejak 8 September yang lalu.

Maybank Investment Bank Bhd pula menjangkakan ringgit akan mengukuh ke paras 4.10 pada akhir tahun depan.

“Jangkaan kami bahawa ringgit akan berada sekitar 4.25-4.30 berbanding dolar sehingga pertengahan tahun 2018 berikutan jangkaan normalisasi polisi monetari US serta pengecilan penyata imbangan mereka akan menyokong kenaikan kadar faedah fed tidak lama lagi,” kata ketua ekonomi Maybank, Suhaimi Ilias.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat