Ringgit Dikecewakan Lagi, USD Kekalkan Pengukuhan Sepanjang Minggu!

134

Ringgit dibuka rendah berbanding mata wang USD pada Jumaat berikutan tindakan para pelabur beralih ke mata wang selamat dalam keadaan prospek ekonomi global yang berisiko tinggi.

Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7145 berbanding dolar AS daripada 4.7050 penutup Khamis.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam berkata para pelabur masih mengekalkan pegangan mereka pada mata wang dolar AS dengan indeksnya kekal melebihi 105 mata selepas bank-bank pusat utama lain telah mula menurunkan kadar dasar mereka. Namun, Fed masih mengekalkannya pada paras tinggi.

Fed masih merasakan keperluan untuk kekalkan kadar penanda aras yang tinggi bagi memastikan kadar inflasi ke arah sasaran 2%. Ringgit dijangkakan stabil berbanding USD hari ini.

Data eksport tempatan terkini alami 7.3% pertumbuhan pada Mei yang jauh lebih tinggi daripada anggaran konsensus. Ini berkemungkinan menunjukkan Malaysia dijangka mendapat manfaat pemulihan daripada permintaan luar.

Selain itu, ini juga turut meningkatkan harapan bahawa sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus pada 2024 bakal dicapai.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9634 daripada 2.9711 pada sebelumnya, naik berbanding pound Britain pada 5.9667 daripada 5.9815 dan euro kepada 5.0478 daripada 5.0498 sebelum ini.

Namun, nota tempatan itu didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.

Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8300 daripada 12.8008 semalam dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 286.9 daripada 286.5.

Ringgit naik kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4804 daripada 3.4807 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat