Ringgit Diniagakan Lemah Berbanding Dolar AS

119

Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati peniaga untuk memasuki pasaran di samping mengawasi tindakan selanjutnya oleh dua negara gergasi ekonomi AS dan China dalam perang dagangan yang masih berterusan.

Unit tempatan berada pada 4.2020/2070 berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini daripada 4.2010/2050.

Penurunan dalam nilai unit tempatan dibataskan oleh peningkatan harga minyak susulan terdapat kemungkinan rundingan perdagangan akan dijalankan oleh dua negara tersebut dan dijangka pertikaian perdagangan ini akan berkurangan.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru China menurunkan harga midpoint yuan pada nilai baru kepada 7.0810 berbanding dolar AS iaitu lebih kukuh daripada yang dijangkakan. Penetapan ini dilihat akan mempengaruhi nilai mata wang serantau.

Secara keseluruhan, ringgit didagangkan tinggi berbanding kebanyakkan kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0261/0308 daripada 3.0267/0300 ketika ditutup pada Isnin manakala berbanding yen pula ringgit naik kepada 3.9690/9749 daripada 3.9715/9764.

Selain itu, berbanding pound British, ringgit tinggi kepada 5.1319/1384 daripada 5.1412/1478 dan berbanding euro, ringgit naik kepada 4.6646/6719 daripada 4.6698/6760.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat