Ringgit Diniagakan Tinggi Berbanding Dolar AS

190

Sesi awal dagangan ringgit menyaksikan unit tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS didorong peningkatan pembelian ringgit di samping penyusutan dalam dolar AS menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell di Jackson Hole pada jumaat ini.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, pada 4.1740/1790 daripada 4.1810/1860 ketika ditutup semalam.

Sentimen pelabur berhati-hati dengan tumpuan terarah kepada Rizab Persekutuan AS dan Sidang Kemuncak G7 untuk petunjuk mengenai tindakan oleh pembuat dasar bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, menurut Reuters.

Secara keseluruhan, ringgit didagangkan tinggi berbanding kebanyakan kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan juga lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0133/0171 daripada 3.0164/0204 diikuti peningkatan berbanding yen kepada 3.2244/9298 daripada 3.9321/9372.

Ringgit rendah berbanding pound Britain dengan penurunan kepada 5.0773/0842 daripada 5.0569/0646 namun tinggi berbanding euro iaitu pada 4.6306/6366 daripada 4.6334/6393.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat