Ringgit Kukuh Disokong Oleh Peningkatan Eksport Dan Rizab Antarabangsa

87

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar US hari ini selepas data eksport yang dikeluarkan semalam lebih baik daripada jangkaan walaupun tekanan geopolitik semakin meningkat di semenanjung Korea.

Pada carta USD/MYR hari ini, unit ringgit bersamaan RM4.2160 berbanding dolar setakat jam 11.55 pagi, susut sekitar 0.02 sen daripada penutupan harga RM4.2387 semalam.

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Statistik Malaysia, eksport meningkat sebanyak 30.9 peratus bagi bulan Julai dari tahun sebelumnya dengan penghantaran barangan perlombangan dan perkilangan yang lebih tinggi.

Pasaran menjangkakan pertumbuhan sebanyak 20%, namun laporan menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi, memberi impak positif terhadap ekonomi Malaysia ketika ini. Selain itu, ketegangan di semenanjung Korea juga mendorong ramai pelabur untuk memindahkan beberapa portfolio mereka ke aset yang lebih selamat.

Bank Negara turut mengeluarkan laporan mengenai rizab antarabangsa, dimana meningkat kepada AS$100.5 billion (RM431.7 billion) bagi 30 Ogos 2017 berbanding AS$100.4 pada 15 Ogos yang lalu. Kedudukan rizab kini mampu menampung import tertangguh selama 7.8 bulan dan juga 1.1 kali hutang luar negeri jangka masa pendek.

Ringgit berbanding dolar singapura juga menguat dengan SGD/MYR didagangkan pada paras RM3.1288 berbanding penutupan semalam diparas RM3.1336.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat