Ringgit Lemah, Niaga Hadapan Minyak Sawit Meningkat

370

Niaga hadapan minyak kelapa sawit Malaysia meningkat lebih daripada 1% pada petang Isnin sehingga mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua bulan didorong oleh kenaikan pada minyak yang boleh dimakan dan keadaan ringgit yang lemah.

Kontrak minyak sawit untuk penghantaran Oktober di pertukaran derivatif Bursa Malaysia meningkat 1.5% kepada RM2,093 ($501.08) per tan pada penutupan dagangan.

Keuntungan minyak sawit dipengaruhi oleh lonjakan niaga hadapan minyak soya Amerika Syarikat di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan keuntungan semasa dalam kategori minyak yang boleh dimakan di Pertukaran Komoditi Dalian China. Niaga hadapan minyak soya di CBOT naik hampir 2% pada Jumaat namun kembali menurun pada kadar 0.7%.

Kontrak minyak soya pada September di Bursa Dalian naik 2.3% manakala kontrak minyak sawit Dalian pula meningkat 1.9%. Ketika perang perdagangan yang semakin meningkat di antara Washington dan Beijing, niaga hadapan minyak soya Chicago jatuh empat daripada lima sesi pada Isnin, menyebabkan ia terus merosot dalam pasaran.

Harga minyak sawit terjejas disebabkan pergerakan minyak berkaitan yang bersaing dalam pasaran minyak sayuran global. Ringgit, perdagangan mata wang sawit, rendah 0.5% berbanding dolar kepada 4.1770 pada petang Isnin mencatatkan paras terendah dalam tempoh tujuh minggu.

Ringgit yang lemah akan menyebabkan nilai minyak sawit lebih rendah bagi pemegang mata wang asing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat