Ringgit Malaysia Teruskan Aliran Positif Menuju Penghujung Minggu

261

Ringgit Malaysia terus menunjukkan momentum positif apabila dibuka tinggi berbanding US Dollar hari ini.

Mata wang tempatan berada pada 4.2500/2560 setakat jam 9 pagi, berbanding US Dollar daripada 4.2505/2545 ketika ditutup semalam.

Menurut penganalisis, trend itu berlaku disebabkan oleh kelemahan mata wang US Dollar dan harga minyak yang stabil.

Ujar Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, pasaran perlu bersiap sedia menantikan perkembangan akan datang meskipun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tidak lagi memegang tampuk pemerintahan di White House.

Tambah Innes, walaupun Joe Biden mengambil alih pentadbiran AS, hubungan antara AS-China tidak akan reda.

Dalam pada itu, Ringgit Malaysia diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit Malaysia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0670/0716 daripada 3.0692/0725 pada semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9660/9724 daripada 3.9721/9769.

Bagaimanapun, Ringgit Malaysia susut berbanding euro kepada 4.9160/9233 daripada 4.9064/9127 semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4090/4175 daripada 5.3871/3930.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat