Ringgit Melonjak Hampir 1000 Pip Berbanding USD Sejak Minggu Lalu. Ini Sebabnya!

151

Ringgit Malaysia sekali lagi merekod pengukuhan signifikan selepas Bank Negara Malaysia melaporkan pertumbuhan ekonomi melebihi jangkaan.

Matawang Ringgit melonjak hampir 120 pip pada Jumaat. Sejak Minggu lalu Ringgit telah menguat hampir 1000 pip dengan USD/MYR susut dari paras tertinggi minggu lalu di 4.2435 kepada 4.1565 hari ini.

Ekonomi Malaysia bergerak lebih pantas dalam tempoh Julai – September (suku ketiga) menunjukkan prestasi ekonomi begitu memberangsangkan pada tempoh tersebut.

Ekonomi Malaysia merekod pertumbuhan 6.2% pada suku ketiga tahun 2017 (bacaan tahunan, y/y) yang tertinggi sejak suku kedua tahun 2014. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Bank Negara Malaysia pada Jumaat.

Jangkaan bagi data kali ini hanya peningkatan 5.5%, jauh lebih rendah daripada data sebenar.

Perbelanjaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi di mana sektor luaran ekonomi turut menyumbang positif kepada pertumbuhan. Sektor eksport juga berkembang pada kadar terpantas seperti yang dinyatakan oleh Gabenor Muhammad Ibrahim.

Ini adalah kali ketiga, permintaan domestik meningkat 6.6% (bacaan tahunan, y/y) yang disokong oleh pengembangan berterusan dalam perbelanjaan sektor awam dan swasta.

Semua sektor merekodkan kadar pertumbuhan yang lebih baik dengan sektor pembuatan meningkat ke paras tertinggi 7%, diikuti dengan sektor swasta (6.6%) dan sektor pembinaan (6.1%).

Sektor eksport meningkat 11.8% pada suku ketiga disokong oleh permintaan tinggi oleh rakan dagangan utama dalam produk pembuatan.

Dengan prestasi yang terus kukuh pada suku ketiga, gabenor Ibrahim berkata ekonomi Malaysia di landasan betul untuk merekodkan pertumbuhan di atas unjuran bank pusat dari 5.2% kepada 5.7% pada 2017.

Permintaan domestik sememangnya dijangka menyokong pertumbuhan. Dari segi luaran, eksport akan terus mendapat faedah daripada permintaan global,” kata Ibrahim.

Ibrahim juga mengatakan kenaikan kadar faedah akan bergantung kepada jangkaan inflasi dan pertumbuhan di masa hadapan, dengan menambah bahawa “bank pusat menjangka inflasi berada dalam julat 3% – 4% pada 2017 berikutan kenaikan harga minyak mentah.”

Antara penyebab utama pengukuhan Ringgit adalah seperti di bawah.

Komen Hawkish BNM dalam mesyuarat minggu lalu melonjakkan Ringgit.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat