Ringgit Mengukuh 10.1% Berbanding USD Pada 2017 – BNM

151

Bank Negara pada Khamis melaporkan keadaan semasa pasaran kewangan sejak kali terakhir membentangkan laporan ini pada Jun 2017.

Pada November 2017, satu inisiatif telah diperkenalkan untuk melancarkan kecairan antara bank asing berlesen dengan meningkatkan cagaran untuk operasi mudah-tunai.

Ringgit mengukuh 10.1% pada 2017 dan didagangkan dalam julat 4.05 hingga 4.09 berbanding USD pada Disember. Kadar tukaran USD/MYR kekal stabil dengan volatility (turun-naik) dalam tempoh sebulan berada pada purata 4.5% tahun ini.

Kecairan juga semakin baik dalam pasaran domestik dan mampu memberikan keperluan ‘hedging’ kepada pemain pasaran dalam dan luar negara. Dagangan tukaran matawang asing pada 2017 kukuh pada kadar purata harian berjumlah USD9.9 billion berbanding USD8.1 billion tahun lalu.

Jumlah tukaran matawang (forex) terbesar di Malaysia adalah aliran modal perdagangan yang mewakili 50% daripada keseluruhan jumlah dagangan. Kini faktor utama kepada penilaian Ringgit dipandu oleh aktiviti sebenar ekonomi berbanding aktiviti spekulasi transaksi.

Keseimbangan antara permintaan dan penawaran matawang asing juga semakin baik dan menghasilkan pasaran tukaran matawang asing yang lebih effisyen. Jumlah bersih ‘export proceeds’ dalam penukaran matawang sejak Disember 2016 mencatat amaun USD8.8 billion berbanding USD0.5 billion antara Januari sehingga November 2016.

Pasaran bon di Malaysia terus menarik perhatian pelabur dengan penglibatan pelabur asing meningkat kepada RM6.2 billion pada suku keempat 2017.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat