Ringgit Semakin Kurang ‘Popular’, USD Kekal Tinggi Dalam Pasaran

273

Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan Jumaat berikutan kekurangan minat belian apabila Indeks dolar AS (DXY) melantun semula selepas kerugian baru-baru ini.

Tepat jam 10.50 pagi, ringgit berada paras 4.7120 iaitu susut berbanding USD daripada penutup Khamis pada 4.7070.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Rashid berkata bahawa DXY telah melepas 105 mata kerana para peniaga mengheret kejatuhan mata wang euro berikutan kebimbangan yang meningkat semasa pilihan raya Perancis.

Dengan itu, kedudukan USD/MYR dijangka bergerak dalam julat kekal sepanjang hari ini.

Katanya lagi, peralihan Federal Reserve (Fed) AS ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi mungkin menjadi lebih ketara semasa separuh kedua 2024 kerana data-data ekonomi semasa semakin lemah di tengah-tengah trend disinflasi yang berterusan.

Oleh itu, tinjauan positif bagi ringgit pada separuh kedua tahun ini kekal.

Mata wang tempatan itu didagangkan agak bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Unit tempatan jatuh berbanding yen Jepun kepada 2.9982/3.0015 daripada penutup Khamis pada 2.9945/2.9972 tetapi meningkat berbanding euro kepada 5.0610/5.0663 daripada 5.0840/0884 dan meningkat berbanding 1.6067/6.0104 berbanding pound British kepada 6.01047/6.0104 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding rakan serantau Asean.

Mata wang tempatan itu rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 289.6/290.1 ​​daripada 289.2/289.6 pada penutup Khamis dan lebih lemah berbanding peso Filipina pada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4880/3.4919 daripada 3.4887/3.4920 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8185/12.8370 daripada 12.8386/12.8540.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat