Ripple Capai Paras Tertinggi $1.90 Dari Harga $0.20 Dua Minggu Lalu

422

Ripple sekali lagi mencapai paras harga tertinggi hari ini (29/12/2017) sehingga $1.90 pada pukul 7 malam waktu Malaysia pada Jumaat. Hari ini saja matawang digital Ripple membuat kenaikan sehingga 46% dalam tempoh 24 jam berdasarkan data yang ditunjukkan dalam Coinmarketcap.

Penganalisis pasaran di eToro, Mati Greenspan berkata Ripple (XRP) adalah satu pelaburan yang praktikal.

“Ketika ini, bank mengambil masa dua sehingga lima hari bekerja untuk menghantar dana daripada satu bank ke bank yang lain, berbanding Ripple boleh melaksanakan transaksi ini dalam masa 3 saat,” kata beliau.

Trader matawang-kripto Marius Rupsys juga mengatakan perkara yang sama.

Rupsys telah berjumpa dengan beberapa bank dan mereka begitu teruja dengan teknologi ini di mana ia menyelesaikan tempoh transaksi yang panjang kepada beberapa saat dan lebih murah berbanding sistem yang digunakan oleh bank.

Greenspan berkata pelaburan matawang kripto menunjukkan perubahan dalam sistem kewangan, “Pelaburan dalam Ripple lebih baik kerana ia sememangnya bertujuan untuk mengintegrasikan rangkaian perbankan sekaligus menjadikan ia lebih kukuh.”

Komuniti kripto kini semakin berkembang daripada orang biasa kepada pelabur-pelabur besar. Rupsys juga menasihatkan orang di luar sana supaya membeli matawang yang logik.

Harga Ripple sememangnya telah melonjak sejak akhir-akhir ini dan sememangnya perkara utama yang menjadikan ia berjaya ialah kos transaksi yang rendah.

Pengarah urusan di eToro berkata, “Yuran transaksi yang rendah inilah yang menyokong kenaikan harga Ripple. Harga tidak boleh meningkat begitu banyak kecuali yuran transaksinya adalah rendah.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat