Ripple Lancarkan ODL Di Brazil, Apa Bakal Terjadi Pada Kripto XRP? Melonjak? Menjunam?

315

Ripple Labs Inc telah melancarkan perkhidmatan On-Demand Liquidity (ODL). Walaupun dituduh dalam tuntutan mahkamah terhadap Suruhanjaya Sekuriti SEC, firma blockchain tersebut telah memberi impak secara global.

Namun begitu, persoalan sama turut berlegar di minda semua orang iaitu bagaimana pelancaran tersebut dapat meningkatkan harga XRP?

Ripple telah bekerjasama dengan Travelex Bank yang merupakan bank pertama di Amerika Latin yang menggunakan ODL serta mendapat pendaftaran dan kelulusan oleh Bank Negara Brazil untuk membuat operasi pertukaran mata wang asing.

Disebutkan juga bahawa token XRP akan digunakan sebagai penyelesaian ODL Ripple yang akan membenarkan pengguna menghantar wang melalui sempadan.

Sejak Ripple membuat pengumuman tersebut harga XRP melonjak lebih 1.60% yang didagangkan pada harga purata $0.378. Sementara itu, XRP masih didagangkan turun sebanyak 90% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH).

Namun begitu, sepanjang 60 hari yang lalu harga XRP menunjukkan sedikit pemulihan termasuklah melonjak lebih daripada 20% .

Dalam pada itu, Brazil juga telah menggunakan pendekatan proaktif bagi mengawal selia aset digital melalui perundangan lanjutan, bertujuan membantu mewujudkan rangka kerja untuk kedua-dua pengguna serta memupuk inovasi.

Tindakan pantas ini telah menyebabkan sokongan terhadap penggunaan mata wang kripto di pasaran Amerika Latin. Mengikut data, lebih $780 bilion pembayaran dihantar ke Brazil setiap tahun.

Ini mewujudkan peluang besar untuk Ripple dan pelanggannya meraih manfaat daripada keupayaan kripto.

Sehubungan itu, ditambahkan bahawa Ripple sedang meneroka untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik untuk rakan kongsinya. Travelex akan memberikan penyelesaian segera serta akses kepada liquidity 24×7 dengan menggunakan ODL.

Walau bagaimanapun, rakan kongsi Ripple akan menyokong pembayaran antara Brazil dan Mexico termasuklah merancang untuk menyokong lebih banyak koridor dan meningkatkan kes penggunaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat