Ripple Masih Laku Rupanya!

3,101

Firma Ripple tidak putus menerima klien baru walaupun telah disaman Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan menjual sekuriti tidak berdaftar.

Khabar baik itu didedahkan oleh CEO Ripple, Brad Garlinghouse menerusi laman Twitter semalam.

“Kami telah memeterai perjanjian dengan 15 klien baru.”

Ripple bernasib baik kerana kewujudan RippleNet ketika permintaan perkhidmatan kewangan digital dan pembayaran saling boleh kendiri meningkat telah mendorong kepada lonjakan tawaran sehingga 80% tahun ke tahun dengan transaksi berkembang sehingga 1,700%.

Tidak mengalah dengan isu yang terpalit, Ripple terus mengusahakan XRP Ledger bersama komuniti XRP menerusi RippleX dengan menfokuskan kepada prestasi, kos yang rendah, kestabilan dan keselamatan, serta ketercapaian.

Bukan itu sahaja, setakat ini Ripple telah menyambut beberapa kakitangan baru yang rata-ratanya berlatarbelakangkan syarikat besar seperti Apple, PayPal, Amazon, Tesla dan Twitter.

Walaupun wujud segelintir yang menyokong Ripple ketika kebanyakan pertukaran kripto mula membuang altcoin itu, platform Uphold berpendapat tindakan SEC sebenarnya bertujuan untuk melindungi hak pengguna.

Selain SEC, firma blockchain ini juga berhadapan dengan saman daripada Tetragon Financial Group LTD ekoran daripada keengganan Ripple untuk memulangkan semula saham Series C.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat