Ripple Pantang Menyerah – Desakan Bukan Satu Penghalang!

1,811

Syarikat blockchain Ripple dilaporkan sedang mencari pengarah kejuruteraan yang baru bagi memimpin pasukan sedia ada bagi membangunkan plaform pembayaran RippleX.

Dalam laman sesawang mencari kerja, syarikat blockchain Ripple itu dilaporkan sedang mencari jurutera teknologi bagi mengembangkan infrastruktur yang menyokong tekonologi seperti XRPL serta pembangunan perkhidmatan lain.

Dalam ciri-ciri yang dicari,  syarikat blockchain Ripple menyatakan bahawa antara perkara yang perlu dilaksanakan ialah membolehkan produk yang dibangunkan dapat memindahkan nilai yang sedia ada semudah dan secepat memindahkan data. Walaupun ditekan oleh pelbagai pihak, syarikat Ripple terus bergerak maju bagi menjayakan teknologi yang menjadi visi mereka.

Disisi lain, Ripple dilaporkan telah menandatangani persetujuan bersama firma pemindahan wang Malaysia dan penyedia perkhidmatan kewangan mudah alih terbesar Bangladesh bagi menghubungkan pengiriman wang antara dua negara.

Pengumuman yang dibuat pada minggu lepas, menekankan Mobile Money Malaysia dan bKash Bangladesh akan memanfaatkan rangkaian pembayaran global Ripple, RippleNet bagi transaksi wallet-to-wallet.

Usahasama itu tidak terusik dengan isu Ripple disaman Securities and Exchanges Commissions (SEC) di AS kerana didapati melanggar peraturan sekuriti persekutuan dengan penjualan matawang crypto, XRP.

Matawang Crypto XRP kini didagangkan pada paras harga $0.2857 setakat jam 10.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat