Ripple Perkenalkan CBDC Private Ledger Kepada Bank Pusat

1,462

Dalam pengumuman terbaru, Ripple mendedahkan sedang bekerjasama dengan bank pusat bagi penghasilan matawang digital bank pusat (CBDC).

Kerjasama tersebut melibatkan XRP Ledger versi peribadi daripada Ripple sendiri yang dibangunkan khas untuk mengeluarkan dan menguruskan CBDC, disifatkan sebagai ‘game changer‘.

Dikenali sebagai CBDC Private Ledger, lejar itu 61,000 kali lebih efisien berbanding blockchains awam yang menggunakan proof-of-work (PoW).

Pada masa yang sama, ia berkebolehan untuk menghasilkan aset digital memiliki ciri seperti XRP yang boleh digunakan sebagai penghubung bagi matawang yang berbagai, termasuk sebagai medium pembayaran.

Ripple memberi jaminan bahawa lejar itu mampu menangani puluhan ribu transaksi per saat, dengan potensi skala sehingga ratusan juta TPS dari semasa ke semasa.

Buat masa sekarang, Ripple masih dalam perbincangan bersama bank pusat seluruh dunia untuk lebih jelas matlamat mereka dan menilai sejauh mana lejar itu mampu merealisasikan objektif penghasilan CBDC.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat