Ripple (XRP) Cuba Melepasi Rintangan Utama $0.62

608

Harga Ripple (XRP) dilihat kembali pulih selepas menguji paras sokongan $0.55.

Harga dilihat telah berjaya menembusi paras rintangan $0.57 dan $0.58 sebelum memasuki zon short-term bullish.

Aset Ripple telah didagangkan pada paras melebihi nilai $0.6 dan halanga 100 simple moving average (SMA100) pada timeframe 1 jam.

Ini menjadikan harga XRP berhadapan dengan rintangan utama sekitar $0.61 dan $0.62.

Pergerakan harga menghampiri paras rintangan $0.61 dan $0.62 membuka peluang untuk berlaku lonjakan mendadak.

Jika nilai XRP berjaya melepasi rintangan $0.62, tidak mustahil untuk harga mencecah paras rintangan $0.65 pada kenaikan yang diteruskan. Sebarang lonjakan setelah itu akan membawa harga kepada zon $0.68.

Namun, sebaliknya akan berlaku jika Ripple gagal melepasi paras rintangan $0.61 dan $0.62 yang mana akan menyebabkan penyusutan mendadak.

Paras support terdahulu pada penyusutan berada di sekitar $0.6. Support utama juga dilihat sekitar $0.58.

Ketika penulisan XRP didagangkan pada harga $0.59, susut 0.61% daripada nilai tertinggi yang direkod, $0.61.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat